Penyakit jangkitan seksual (Sexually Transmitted Infections / STIs) termasuk HIV / AIDS ialah penyakit berjangkit melalui perhubungan seksual. Terdapat juga penyakit ini yang boleh merebak melalui perkongsian jarum.
Remaja boleh mendapat penyakit jangkitan seksual daripada mereka yang dijangkiti melalui=>
1) Perhubungan seks yang tidak selamat tanpa kaedah pencegahan sama ada melalui vagina, dubur atau seks oral
2) Ciuman (French kiss)
3) Perkongsian jarum (contoh seperti HIV dan Hepatitis B)
Lazimnya remaja perempuan mengalami gejala jangkitan yang lebih kerap dan teruk termasuk=>
1) Bendalir yang berbau busuk dari vagina atau saluran kencing
2) Sakit semasa kencing
3) Ulser di mulut atau alat kelamin
4) Gatal pada kawasan kemaluan
5) Sakit di bahagian bawah abdomen
6) Bengkak pada pangkal paha
7) Kulit yang berkutil atau berketuat di kemaluan
1) Penyakit radangan pelvik (PID)
2) Kemandulan
3) Kandungan di luar rahim
4) Kanser serviks / pangkal rahim
5) Jangkitan kepada bayi semasa proses kelahiran
6) Keguguran, kematian janin dan kecacatan pada bayi yang baru lahir
7) Kematian, contohnya=> AIDS