Program KASIH Keluarga Ceria merupakan pakej program untuk memperkasakan institusi kekeluargaan yang merupakan tunjang kepada kesejahteraan negara agar mereka dapat mengendalikan krisis keluarga dengan berkesan. Program ini dibina berdasarkan gabungan dua buah modul iaitu Modul Psiko-pendidikan Family Psychological First Aid dan Modul Kumpulan Sokongan “My Therapeutic Family".
Program ini berasaskan model Family Psychological First Aid (F-PFA) iaitu inovasi gabungan konsep asas dinamik keluarga, sistem kefungsian keluarga dan Psychological First Aid (PFA) yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Program yang pertama dan seumpanya di dunia dibangunkan bersama oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).